Selangor larang minum arak, hisap rokok & vape di kawasan rekreasi
Kerajaan Selangor mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape serta
minum arak di semua taman permainan dan rekreasi di seluruh negeri ini
berkuat kuasa serta-merta.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata larangan itu dibuat selepas kerajaan negeri meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005).
Ng berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah melakukan pemantauan dan mana-mana pihak yang dikesan melanggar peraturan itu boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata larangan itu dibuat selepas kerajaan negeri meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (UKK Taman 2005).
“Kerajaan Selangor meluluskan untuk menambah aktiviti meminum arak dan merokok termasuk vape ke dalam senarai kesalahan UKK Taman 2005.
“Sebelum ini, senarai kesalahan di UKK Taman tidak menyatakan aktiviti meminum arak dan menghisap rokok sebagai aktiviti yang dilarang,’’ katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata berikutan penguatkuasaan larangan itu, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melarang meminum arak, menghisap rokok dan vape di taman permainan dan rekreasi.Ng berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah melakukan pemantauan dan mana-mana pihak yang dikesan melanggar peraturan itu boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan.