Nampak Kelibat, Kemudian Terdengar Bunyi Ketukan Laju di Pintu. Lelaki Beranikan Diri Keluar Untuk Periksa
Sejak seminggu lalu heboh di media sosial kjdian msteri bunyi ketukan pintu yang berlaku di sekitar kampung di Sabak Bernam.
Dikatakan kjdian itu masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.
Malah gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.
Menurut penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, kjdian sama dialami ketika dia berada di dapur rumah bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.
” Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.
” Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.
” Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu.
Beranikan diri pergi lihat dan ternyata…
” Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
” Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kjdian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.
Antara penampakan yang dikatakan pocong yang berjaya dirakam seorang penduduk di kawasan tersebut.
Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.
” Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.
” Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya.
Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.
Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.
” Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.
” Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya.
Kata Abu Hasan, susulan kjdian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tndakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kjdian itu.
” Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tndakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
” Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tndakan mengikut Sksyen 447 Knun Kesksaan atau Sksyen 13(1)(c) Akta Kslahan Kecil 1955,” katanya.