Semakin Berminat Mendalami Al-Quran, Amar Baharin Hafaz Al-Kahfi Pula
Perkara itu dapat dilihat berdasarkan perkongsiannya di Instagram.
Sebelum ini, suami kepada pelakon Amyra Rosli tersebut sudahpun berjaya menghafaz 30 ayat daripada surah Al-Mulk, alhamdulillah.
Pada 22 Disember 2020, Amar telah memuat naik satu video di Instagram.
Dengan menulis “Tolong abg semak hafalan surah Al Kahfi ayat 1-10 ni. Insyaallah abg coba ” pada ruangan caption, Amar memperdengarkan hafazannya untuk surah Al-Kahfi pula daripada ayat 1 hingga 10.
Bacaan itu kedengaran lancar dan bagus.
Sementara itu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik pada perkongsian tersebut.