Kakak ustazah Norhafizah Musa meninggal dunia akibat kanser

Kakak kepada penceramah terkenal, ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa iaitu ustazah Nor Hayati Musa meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di sebuah hospital perubatan pada pagi Jumaat.
Menerusi laman Facebook, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT atas pemergian kakak sulungnya itu selain memohon doa orang ramai agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin.
“MashaaAllah.. kami jadi saksi Kak Long insan yang solehah, amat baik, suka korban tenaga masa harta untuk orang lain.
“Beberapa tahun kebelakangan ini Kak Long kerah daya tenaganya untuk cari dana dan bantu pusat2 tahfiz, pondok orang-orang tua, majlis2 ilmu & beliau kekal di belakang tabir, bekerja tanpa nama…
“Wahai Allah ukirlah namanya di tempat terbaik di sisiMU Ya Allah. Binakan untuknya istana di sisiMU,” tulisnya.
Menurut Dr Norhafizah, arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga termasuk ibu bapa, suami dan anak-anak sebelum jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negeri, Negeri Sembilan petang semalam.