May4t Naim Hariri Akhirnya Ditemui. Pegawai Maritim Kongsi di Mana Lokasi Mngsa Ditemui
May4t Naim Hariri Kamaruddin yang dilaporkan hilang selepas mandi di Pantai Kelulut di sini kelmarin telah ditemui hari ini.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, m4yat jurufisioterapi yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada semalam itu telah dijumpai terdampar di kawasan pantai berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini pada pukul 9 pagi.
” Penemuan Naim Hariri yang berasal dari Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur kemudiannya telah dimaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.
” May4t mangsa telah ditemui pada lokasi kira-kira 2.7 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya di sini semalam.
Muhamamad Suffi berkata, bapa mangsa, Khairuddin Abdullah, 58, kemudiannya melakukan pengesahan terhadap anak lelakinya.
Beliau berkata, m4yat Naim Hariri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
Kosmo! hari ini melaporkan Naim Hariri dilaporkan hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut di sini pada pukul 6.40 petang, Khamis lalu.
Dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Farah Nabilah Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong di sini pada pukul 10 pagi semalam.
Terdahulu bapa bakal pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, Naim Hariri dan anak perempuannya dijadual bernikah di kediamannya di
Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, Marang pada pukul 10 pagi semalam.
” Saya sedang memasang khemah untuk majlis pernikahan tersebut sebelum dimaklumkan anak saya (Fatin Nabilah Huda) tentang kjdian menimpa tunangnya.
” Kami bergegas ke lokasi kjdian sejurus selepas solat Maghrib dan bertemu dengan keluarga bakal besan.
” Mereka sampai di sini pada Khamis lagi dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kjdian di sini hari ini.
Ismail memberitahu, anak perempuannya, Fatin Nabilah Huda dan Naim Hariri telah bertunang sebulan lalu setelah berkenalan sejak beberapa tahun.
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan kembali pada pukul 8 pagi memberi fokus kepada kawasan pesisir pantai dengan keluasan sehingga tiga kilometer dari lokasi mngsa hilang.
” Keadaan laut yang bergelora dan ombak kuat merupakan cabaran besar dalam usahan untuk mencari dan penyelamat mngsa ini.
” Sebelum ini, orang ramai telah diingatkan agar menjauhi kawasan pantai di Terengganu sepanjang musim tengkujuh ini kerana ia tidak selamat untuk sebarang aktiviti air,” katanya.
Pihak admin ucapkan takziah buah keluarga mangsa terutama kepada tunang Allahyrham Naim Hariri yang pasti sangat terkesan dengan kejadian ini.
Semoga Allahyrham ditempatkn bersama orang beriman dan beramal soleh. Aamin..