Selepas Dr Hisham, Giliran Menteri Agama pula “tarbiah” MP Bintulu
Hari Dewan Rakyat K3coh apabila MP Bintulu tanpa berfikir panjang menggelar DG Hisham sebagai takvt m4ti.
Dalam sidang media hari ini, DG Hisham tampil menjelaskan bahawa orang Islam terima kem4tian di mana-mana
Jawapan yg tenang, professional, dan Islamic itu telah menarik minat Menteri Agama untuk mengulas perkara tersebut.
Berikut ulasan Dr Zulkifli
“Saya terdetik untuk mengulas ringkas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menyatakan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan sebagai “takut mati”. Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.
KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.
KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah Negara.
Saya teringat sebuah kisah berkaitan Sahabat Nabi SAW, Abu Ayyub al-Ansari radhiallahu ‘anhu. Diriwayatkan ketika tentera Muslim berperang dalam rangka menawan kota Konstantinopel, mereka berhadapan dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.
Ada dalam kalangan tentera Muslim itu, seorang pahlawan yang menawarkan diri untuk menyusup masuk bersendirian dalam pasukan tentera Rom walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan,
“Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran, “Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?”
Kebetulan Abu Ayyub al-Ansari yang menjangkau 80 tahun pada ketika itu (juga termasuk dalam tentera Musllim), terdengar ayat al-Qur’an itu digunakan untuk menghalang pahlawan tersebut. Beliau berang dan membalas dengan menyatakan bahawa ayat itu diturunkan sebagai teguran kepada golongan Ansar yang segelintirnya mula berfikir-fikir untuk meninggalkan jihad dan balik ke kampung halaman untuk bercucuk tanam dan mengumpul harta. Ini kerana telah banyak siri kemenangan Islam dalam peperangan yang dilalui.
Lalu turunlah peringatan Allah SWT: “Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebin4saan…” (Surah Al-Baqarah: 195)
Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjuang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan Negara, kita tidak akan berundur!
Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu “takut mati”.
Konsep kematian dalam Islam amat mudah. Kami yakin kem4tian akan menjengah bila-bila masa. Hanya Allah SWT sahaja yang Hidup Kekal dan tidak mati. Hanya Dia Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa Yang Kekal Abadi. Muslim tidak takut m4ti tetapi kami sentiasa digalakkan untuk mengingati m4ti.
Apa yang kami risau dan takutkan adalah, adakah amalan kami cukup untuk menjadi bekalan bertemu Pencipta kita semua di alam sana?
Kerana itulah Muslim yang sebenar, mewakafkan seluruh hidupnya untuk manfaat manusia lain. Sabda Rasulullah SAW:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (Riwayat Ahmad)
Moga kita menjadi insan yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain.
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
10.09 PM
Isu “takut m4ti” bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut m4ti” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan w4bak Covid-19 di negeri itu.
Dr Noor Hisham jawab dakwaan takut m4ti – “Kem4tian itu berlaku di mana-mana, yang penting niat”
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil mengulas dakwaan seorang ahli Parlimen yang menyatakan beliau takut m4ti kerana tidak turun padang di Sabah ketika pandemik Covid-19.
“Tidak timbul isu kita takut mati. Sebagai orang Islam, kita terima kematian itu berlaku di mana-mana, bukan hanya turun padang atau tidak.
“Jadi, apa yang penting adalah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas.
“Niat kita adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita. Dan inilah tujuan utama untuk kita.
“Kita boleh berselisih pendapat, tetapi yang pasti apa yang kita laksanakan ialah untuk memutuskan jangkitan Covid-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes Covid-19 dan juga kadar kematian,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan mengapa Dr Noor Hisham tidak turun padang di Sabah yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat perancangan yang khusus untuk Sabah ketika pandemik Covid-19.
“Saya turun padang di Sabah pada akhir Ogos lalu bagi meninjau kesiapsiagaan kita, melihat kepada pilihan raya negeri (PRN) Sabah,” katanya.
Beliau turut mengarahkan timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong untuk ke Sabah pada minggu lalu, termasuk Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jamilah Mahmood juga turut sama ke Sabah dua minggu lalu bagi meninjau tindakan pengurusan KKM terhadap Covid-19 di negeri itu.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami