Jangan Gembira Lagi, Baca Dulu Syarat ini Utk Ahli KWSP Layak dpt pendahuluan shg 10K
Kuala LUMPUR – Sebanyak 2 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka layak membuat pengeluaran Akaun 1.
Ini di bawah program i-Sinar yang skopnya kini diperluaskan merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan.
Diberikan cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli-ahli yang layak dan permohonan boleh dibuat bermula bulan depan (Disember).
KWSP dalam kenyataannya memberitahu, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” kata KWSP.
Memperincikan kemudahan tersebut, KWSP berkata, secara umumnya ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Ahli yang mempunyai bakl lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%.
Walau bagaimanapun, amaun makslmum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.
Di mana caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis.
Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette
Berikut pula ulasan Najib yang kelihatan gembira dengan pengumuman kerjaan ini
“Akhirnya bukan susah pun. KWSP baru umum:
1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.
Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.
2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.
Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.
“Tapi kebimbangan saya ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari.
Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
“Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?
“Sekarang kita tunggu keputusan bagi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal” tulis Najib di Fb milik beliau
https://www.kwsp.gov.my/ms/-/i-sinar-enables-2-million-affected-members-access-to-account-1
Pencarvm Kena Bayar Semula Duit Sendiri? Berikut pula reaksl dari netlzan
“Nampak gaya memang mintak belanjawan ni ditolak, apa yang ahli p4rlimen dok tekankan pentingnya kwsp RM10, 000 dan moratorium ditolak mentah-mentah
“Cuba tanya mufti sekiranya ahli kwsp tak redha pihak kerajaan mengunakan duit simpanan ahli apa hkumnya dari segi perundangan dlm islam
” Kan bagus kalau sama kan semua.. Yg kurang tu x boleh nak cakap apa lah. Max boleh bagi, bagi je.
Yg sampai rm60k tu apa hal.. Kan elok buka lagi untuk orang2 yang terjejas dengan kerja makan basic je.
Boleh tambah lagi sejuta 2 pencarum untuk apply i sinar
Sumber:budaksitu