“Kita hanya ada peluang kecil…” – Dr.Noor Hisham
Hantaran Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sebentar tadi memberi kata-kata semangat kepada ‘frontliner’ kita yang masih berjuang untuk menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini.
Bukan itu sahaja, sebanyak tiga hantaran Twitter itu juga mengundang sebak ramai orang apabila dalam kata-kata semangat itu terselit ayat yang menyentuh perasaan.
“Marilah kita bersatu dalam peperangan Covid-19 yang berskala besar ini. Kita tidak akan menang tanpa sokongan rakyat. Kami hanya minta untuk orang ramai “berada dalam rumah” dan jika itu tidak mampu, sila patuhi SOP.”
“Sudah 10 bulan, kebanyakan pekerja barisan hadapan dan belakang tabir bekerja keras sehingga 24 jam sehari. Ramai yang letih atau kecewa setiap kali ada kelompok baru datang. Namun, kita hanyalah manusia. Kami hanya ada peluang kecil untuk ratakan semula lekuk Covid-19.”
Walaupun dalam kata-kata semangat untuk para pekerja barisan hadapan, terselit juga nasihat untuk rakyat agar sentiasa menjaga diri supaya dapat mengelak daripada dijangkiti wabak Covid-19.
“Kepada semua pekerja barisan hadapan, kita ingatlah bahawa kita adalah pelindung rakyat dan keselamatan negara kita. Kita adalah barisan pertahanan terakhir. Kita mesti semangat dan terus kuat.”
“Kesihatan menyatukan kita semua untuk melawan musuh, Covid-19”
Sumber Tan Sri Dr Noor Hisham
sumber via Siakap keli