374 kes baru dicatatkan, KKM seru sukarelawan perubatan tampil membantu


Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik wabak Covid-19 di dalam negara.

Kali ini, beliau telah mengadakan sidang media secara atas talian disebabkan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang menteri yang positif virus tersebut.

Masih kekal 3 angka

Setakat hari ini, beliau melaporkan bahawa terdapat 374 kes positif baharu dilaporkan dan ini menjadikan sebanyak 15,096 kes positif terkumpul sejak Malaysia mengalami pandemik ini.

Namun begitu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat 73 kes sudah sembuh dan dibenarkan discaj daripada wad. Dukacita dimaklumkan sebanyak 3 kematian dicatatkan hari ini. Kesemuanya adalah di Sabah.

Sabah masih catat jumlah tertinggi

Sabah masih lagi mencatatkan jumlah tertinggi  sebanyak 74.1% iaitu 277 kes. Manakala Kedah mencatatkan sebanyak 27 kes sahaja pada hari ini.

Seru lebih ramai sukarelawan perubatan

Dalam pada itu, KKM turut menyeru kepada sukarelawan perubatan agar dapat membantu pihak KKM menangani gelombang ketiga Covid-19 ini.

 


Sumber: KKM

Related Posts