‘Moment’ Mahal, Aktivis2 George Floyd Bina Perisai Badan Lindungi Muslimin Bersolat

Sudah seminggu berlalu berlakunya rusuhan tunjuk perasaan untuk menegakkan keadilan atas kematian George Floyd di Amerika Syarikat. Namun, kejadian ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bubar dan terlerai. Malah, kejadian malang yang menimpa lelaki berkulit gelap ini turut juga dirasai oleh seluruh penduduk di dunia
Lebih memburukkan keadaan, terdapat individi-individu yang bertindak luar batas dengan mengambil kesempatan memecahkan dan mencuri barang-barang jualan yang ternama. Apple antara syarikat yang terkena tempias dengan tindakan melampau segelintir aktivis berkenaan.

Berkumpul disekeliling, para muslim solat dengan selamat!

Hari ini di Twitter, seorang lelaki berkongsikan satu kejadian yang berharga yang sudah semestinya jarang untuk dilihat.

Para aktivis yang menyertai perhimpuanan tunjuk perasaan atas kematian George Flyod di Brooklyn, New York dilihat berkumpul mengelilingi untuk melindungi para muslimin sedang solat dengan selamat tanpa sebarang ancaman daripada pihal berkuasa.
Sebuah rakaman video juga telah dimuat naik sebagai bukti kejadian itu berlaku dan sememangnya perkara ini amat menyentuh hati terutamanya para umat islam di seluruh dunia.
Video Player
00:00
00:49
George Floyd disahakan meninggal dunia setelah dia ditahan oleh empat orang anggota polis kerana didakwa  membuat pembayaran jual beli menggunakan wang palsu.
Dia kemudiannya dilututkan oleh salah seorang anggota polis dibahagian leher sehingga lelaki berkulit gelap berkenaan lemas dan berkata “I can’t breathe” berulang-ulang kali sehingga meninggal dunia d tempat kejadian.
Rakaman video kejadian yang menimpa George Floyd mula tersebar dan mencetuskan kemarahan satu dunia
Sumber: Twitter. 

Related Posts