Pengasas bank Islam pertama di dunia pulang ke rahmatullah

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun… Takz1ah diucapkan kepada keluarga AlHaj Saeed Lutah pengasas bank Islam pertama di dunia dan peneraju kewangan berasaskan Syariah Islam.
Al Marhum mula mengasaskan bank Islam pertama di dunia pada tahun 1975 seterusnya beliau menubuhkan Syarikat Insuran Arab Islam pada tahun 1979. Beliau juga menubuhkan sebuah kuliah perubatan bagi pelajar perempuan.
Bank Islam yang pada asalnya hanya sebuah ditubuhkan oleh beliau dengan menggunakan modalnya sendiri kini sudah berkembang menjadi 300 buah bank Islam dan ribuan cawangan. Modal kewangan Islam yang tak seberapa ditubuhkan oleh beliau kini sudah mencecah 3 trilion dolar bagi semua sektor perbankan dan kewangan Islam.
Pada peringkat awalnya ramai yang menjangkakan usaha beliau akan gagal dan mengalami kerugian. Walau bagaimana pun beliau berusaha keras di zaman dunia dikuasai ekonomi kapitalis dan sistem riba. Semoga beliau bertemu dengan Allah s.w.t dengan amalan-amalan mulia dan legasi kewangan Islam seterusnya ditempatkan di syurga yang tertinggi dengan izin Allah s.w.t.
http://www.iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=11891
Sumber; iumsonline.org