Innalillahi, Niat nak ziarah kubur arwah ibu, lelaki & anak tunggal maut kemalangan digilis lori
Seorang wanita tidak menyangka, niat suaminya untuk menziarahi pusara
arwah ibu berakhir dengan tragedi, apabila mangsa Allahyarham Mohd
Subir Mahamad Isa, 54, dan anak tunggal mereka Muhamad Rayan Danish
Abdullah, 8 maut dalam kemalangan.
Dua beranak tersebut menemui ajal selepas mereka maut akibat digilis lori pembancuh simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth.

Bercerita
mengenai anak tunggal yang turut menjadi mangsa, wanita itu berkata
beberapa hari sebelum kemalangan anaknya itu makan dengan sangat
berselera apa yang dimasaknya.

Difahamkan jenazah Mohd Subir dan Muhamad Rayan Danish selamat dikebumikan dalam satu liang pada 10.30 malam tadi selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Kepala Bendang, Sayong.
Sumber : Harian Metro
Dua beranak tersebut menemui ajal selepas mereka maut akibat digilis lori pembancuh simen di Kilometer 90.4 Jalan Ipoh-Butterworth.
Terbayang suami kemalangan
Menceritakan semula kelakuan arwah, sebelum kemalangan berlaku. Rafidah ,36, berkata suaminya yang menghidap barah usus pernah menyatakan bahawa hasrat tidak lama lagi.“Malam Ahad lalu, arwah suami ada mengatakan hayatnya sudah tidak lama susulan kanser dihidapinya. Awal pagi tadi sewaktu arwah menghantar saya ke rumah majikan saya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 5 pagi, kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran saya…”

Kehilangan anak tunggal
Kata-kata arwah suami bermain-main di benak fikiran Rafidah, sehinggakan terbayang suami terbabit kemalangan dengan lori, sedangkan perkara kejadian itu belum terjadi.“Arwah anak tidak tunjuk sebarang kelakuan aneh, cuma kelmarin (Sabtu) dia makan masakan saya dengan begitu berselera…”