COVID-19: Kes global meningkat, kematian naik mendadak di AS
Jangkitan COVID-19 mencapai waktu puncak minggu lalu, mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan Amerika Syarikat (AS) terjejas paling teruk.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, bilangan kes baharu melepasi 160,000 setiap hari sejak seminggu lalu dan jumlah kematian harian di AS melepasi 1,000 kelmarin, buat pertama kali 10 Jun.
Senario itu menyaksikan Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan untuk melarang penduduk blok berkenaan daripada melakukan perjalanan ke AS, Russia dan Brazil.
Beberapa negeri di AS melaksanakan kuarantin 14 hari ke atas pengunjung dari negeri lain, sebelum sambutan 4 Julai Sabtu ini, manakala California masih melarang pelanggan daripada makan di dalam restoran di Los Angeles.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), krisis COVID-19 boleh mendatangkan kerugian AS$1.2 trilion (RM5.14 trilion) hingga AS$3.3 trilion (RM12.86 trilion) ke atas pelancongan global dan sektor berkaitan.
Greece, yang berdepan kurang 200 kematian, menyaksikan ekonomi mereka terjejas teruk akibat perintah berkurung dan larangan perjalanan, malah terpaksa menamatkan musim pelancongan sebelum ia bermula. - AFP