Wajah Anak Menghiasai ‘Billboard’, Senyuman Bangga Ummi Neelofa Terserlah

Pelakon, pengacara, usahawan dan selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa antara artis serba boleh yang dilihat berjaya mengukir kejayaannya sendiri dalam setiap bidang yang diceburi. Bahkan, selebriti wanita ini sering kali dijadikan ikon dan inspirasi buat usahawan-usahawan muda di luar sana untuk terus maju dalam bidang perniagaan.
Sudah tentunya, disebalik kejayaan yang dimiliki oleh Noor Neelofa Nasir ini pasti berdiri seorang ibu yang begitu bangga dengan pencapaian anak gadisnya tersebut.

Dalam perjalanan nak pergi office

Ibu kepada selebriti ini iaitu Noor Kartini berjaya meraih perhatian ramai dengan raksinya melihat wajah Neelofa terpapar di ruangan iklan billboard. Video ini telah dirakam sendiri oleh adik perempuan Neelofa iaitu Athisha Khan.
Video Player
00:00
00:12

“Eh.. ehhh anak kita…”

Pada awalnya ummi Neelofa ini dilihat sedang sibuk merakam perjalanannya ke pejabat menggunakan laman Instagram miliknya.
Dalam asyik merakam, ummi Neelofa ini ternampak wajah anaknya terpampang di billboard dan aksi spontannya itu sekali gus menarik perhatian para pengguna Twitter.
Video Player
00:00
00:13

Dia ibu yang berjaya…

Sudah tentunya, ada segelintir yang meninggalkan komen di ruangan komen perkongsian oleh adik Neelofa ini. Ramai yang memuji reaksi oleh ummi mereka ini sangat comel, bahkan berbangga kerana berjaya memiliki anak yang berjaya.


Sumber: Twitter.