“Hafal Quran, Belajar Cemerlang.” – Suami Isteri Berjaya Didik 9 Anak Jadi Hafiz
Mendidik dan membesarkan anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun begitu, sudah tentu ibu bapa yang mempunyai ramai anak mengetahui apa perancagan terbaik untuk masa depan mereka.”
Menerusi satu peerkongsian yang diperoleh daripada laporan Harian Metro, pasangan suami isteri ini iaitu Hussin Ismail, 65 dan Rosmunainah Asmuni, 65 telah dikurniakan sembilan orang anak dan kesemuanya adalah hafiz al-Quran.
Hafal al-Quran mudah kuasai akademik
Pasangan yang menguruskan Akademik Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Terengganu ini memberitahu bahawa telah mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“semua sembilan anak saya menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain,”
Abang kakak jadi contoh adik2
Tambah Rosmunainah Asmuni, dia dan suami tidak mengamalkan apa-apa ritual atau petua bagi mendidik anak-anaknya sehingga bergelar hafiz, namun akui menjaga pemakanan mereka sejak kecil.
Selain itu, kejayaan anak-anak yang tua dalam bidang akademik dan juga hafazan al-Quran turun mendorong adik-adik mereka melakukan perkara sama.
Sehubungan dengan kejayaan anak-anak dalam kedua-dua bidang, pasangan suami isteri tersebut mengambil inisiatif mewujudkan Akademik al-Quran sendiri dengan menggunakan teknik yang diaplikasi kepada anak-anaknya.
Sumber :Rosmunainah Norasmuni, Harian Metro